MIDF Research menjangka Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) Malaysia susut pada suku kedua 2020 berikutan lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan harga komoditi yang turun naik.
Dalam nota penyelidikan pada Selasa, katanya sektor yang berorientasikan eksport akan terus rendah pada suku tahun ini berikutan kesan daripada kebimbangan mengenai COVID-19, impak perang harga minyak dan kitaran luar puncak untuk industri semikonduktor.
"Sekatan pergerakan di negara-negara utama akan menyebabkan permintaan rendah, sekali gus prestasi eksport Malaysia pada suku kedua," menurut MIDF.
Jabatan Perangkaan Malaysia semalam melaporkan penurunan 4.9 peratus tahun ke tahun dalam IPP pada Mac 2020, penguncupan pertama sejak Disember 2015. Bagi suku pertama secara keseluruhan, IPP meningkat 0.4 peratus berbanding tempoh sama pada tahun lepas.
"Bagi separuh kedua 2020, kami menjangka untuk menyaksikan peningkatan disokong oleh harga komoditi yang lebih baik, kesan daripada kebimbangan mengenai COVID-19 yang berkurangan dan permintaan global yang pulih secara berperingkat," katanya.
Mengenai masa depan, firma penyelidikan itu berkata ia melihat jualan pembuatan akan terus mencatatkan pertumbuhan negatif terutamanya pada April, berikutan PKP sepenuhnya pada bulan tersebut.
"Kita dijangka menyaksikan peningkatan pada separuh kedua 2020 berikutan kebimbangan mengenai COVID-19 yang semakin berkurangan dan sentimen bertambah baik.
"Pengawalan di peringkat global turut memainkan peranan penting dalam pemulihan yang diharapkan. Berdasarkan perkembangan terkini, banyak negara mula mengurangkan sekatan mereka pada Mei, yang boleh menyumbang secara positif kepada pengeluaran," katanya.
MIDF Research berkata ia mengunjurkan IPP merosot sebanyak 2.8 peratus untuk tahun penuh 2020 berikutan persekitaran domestik dan luaran yang mencabar.
"COVID-19 dan permintaan global yang lembap menjejaskan pengeluaran perindustrian dan eksport Malaysia manakala perang harga minyak menyebabkan purata harga minyak dunia merosot.
"(Unjuran) purata harga minyak mentah Brent kami pada tahun ini ialah US$41 setong.
"Bagaimanapun, kadar dasar semalaman yang rendah dan pakej rangsangan kerajaan yang termasuk moratorium pinjaman, bantuan kewangan tambahan kepada syarikat dan subsidi upah akan memberi sokongan kepada pengeluaran yang berterusan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 12 2020
MIDF Research berkata ia mengunjurkan IPP merosot sebanyak 2.8 peratus untuk tahun penuh 2020 berikutan persekitaran domestik dan luaran yang mencabar.
Angka korban hujan ribut, banjir di Afghanistan cecah lebih 330
Di wilayah Baghlan saja, lebih 300 maut dan lebih 1,000 kediaman dilaporkan musnah.
Akademi Dalam Industri perkukuh saluran bakat mahir dan keperluan industri
Inisiatif Akademi Dalam Industri berpotensi merubah landskap pasaran buruh negara secara signifikan.
TH diarah siasat 300 jemaah haji terkandas di Mekah - Mohd Na'im
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata Lembaga Tabung Haji (TH) telah diarah untuk menyiasat insiden 300 bakal jemaah terkandas di Mekah akibat terpedaya dengan pakej haji murah yang ditawarkan agensi pelancongan tidak bertanggungjawab.
Golongan muda paling ramai sertai program
Golongan muda antara yang paling ramai menyertai Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran Peringkat Kebangsaan kali ini, yang akan berlangsung selama enam hari bermula 23 Mei di Kompleks Penyiaran Sultan Haji Ahmad Shah di Kuantan.
Hayati perjuangan, jangan alpa kuasa dimiliki - Anwar
Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan semua ahli terutama generasi muda supaya menghayati perjuangan parti dan tidak alpa dengan ‘kuasa’ yang dimiliki apabila menjadi pemerintah.
10 Berita Pilihan - (11 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 11 Mei 2024.
Tumpuan Ahad - 12 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Malaysia dipilih semula sebagai Ahli Majlis Eksekutif Pertubuhan Larangan Senjata Kimia 2024-2026
Penggal berkenaan akan bermula daripada 12 Mei 2024 sehingga 11 Mei 2026.
Nahas helikopter: Kementerian pertahanan, ATM aktifkan Tabung Tragedi Lumut 24
Kementerian Pertahanan dan Angkatan Tentera Malaysia menubuhkan tabung khas 'Tabung Tragedi Lumut 24' bagi orang ramai menghulurkan bantuan kewangan.
Malaysia alu-alukan laporan akhir kumpulan penilai bebas berkenaan UNRWA
Menurut kenyataan itu, laporan tersebut menolak dengan tegasnya tuduhan Israel yang mengaitkan penglibatan kakitangan PBB dengan organisasi pengganas.
Mangsa serangan buaya boleh minta bantuan tabung JKM - Nancy
Mangsa serangan buaya atau binatang buas boleh memohon bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menerusi Tabung Bantuan Mangsa Serangan Binatang Buas.
City U, LZS santuni 110 pelajar asnaf sempena Ramadan
City U dengan kerjasama Lembaga Zakat Selangor (LZS) menyantuni 110 orang pelajar-pelajar asnaf dalam dalam usaha berkongsi rezeki pada bulan Ramadan ini menerusi Majlis Iftar City U.
Laporan Audit: FELDA rugi RM1 bilion, rizab LTAT berbaki negatif pada 2022
PR1MA pula dilaporkan menghadapi kerugian bersih berjumlah RM0.257 bilion makakala liabiltii berjumlah RM5.746 bilion.
MAIWP salur RM19.03 juta sumbangan Ihya' Ramadan
MAIWP salur RM19.03 juta dana zakat menerusi sumbangan lhya' Ramadan kepada 871 masjid, surau Jumaat dan surau di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya tahun ini.
SPCAAM gesa PM arah majikan beri bantuan sebulan gaji
Katanya, pemberian itu akan memperkasa pekerja golongan B40 dan M40 dalam meraikan sambutan serta mengukuhkan ikatan kekeluargaan.
JBPM peruntuk lebih RM2 juta perkasa pasukan bomba sukarela
Terdapat 367 PBS di seluruh negara dengan lebih 8,000 keanggotaan, setakat Disember lepas.
Kanada tangguh dana UNRWA Palestin, terus pembiayaan kepada agensi lain di Gaza
Kanada meneruskan bantuan untuk rakyat Palestin di Gaza pada Selasa dengan menyediakan dana sebanyak CAN$40 juta (RM141 juta) untuk pelbagai agensi.
Kerajaan beri bantuan RM1,000 untuk jemaah haji Muassasah golongan B40
Jemaah haji Muassasah golongan B40 akan membayar kos haji berjumlah RM12,356, berbanding RM13,356 yang ditetapkan kerajaan sebelum ini.